BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 27, 2009

PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN

15 .1 Perkembangan Jaringan Pengangkutan


1. Jaringan pengangkutan di Malaysia terbahagi kepada

Darat -Kereta
Air - Kapal
Udara - Kapal Terbang

Pengangkutan Darat

Jalan Raya

1. Malaysia mempunyai 2 jaringan jalan raya iaitu di

i ) Semenanjung Malaysia
ii ) Sabah dan Sarawak

2. Sistem jalan raya di Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau asia
3. Jaringan jalan raya di Semenanjung Malaysia bertumpu di Dataran Pantai Barat dan Dataran Pantai Timur
4. Kawasan Lembah Klang mempunyai jaringan jalan raya paling padat dan kegiatan ekonomi yang pesat

Kereta

Jalan Kereta Api

1. Terdapat 2 jaringan landasan kereta api di semenanjung Malaysia, iaitu di pantai barat dan pantai timur

Komuter

Kereta Api

Pengangkutan Air

1. Pengangkutan sungai amat penting di Sabah dan Sarawak kerana berfungsi sebagai jalan perhubungan dan juga mengangkut barang
2. Pengangkutan di Malaysia berkembang kerana

i ) Lokasi strategik
ii ) Kos murah
iii ) Kedudukan terlindung dari angin taufan
iv ) Kemudahan membaik pulih kapal

Kapal

Kapal Kargo



Saturday, October 24, 2009

Geografi Bab 14

Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal




Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal

14 . 1 Keperluan Pengankutan Dan Perhubungan Awal


Pengangkutan Awal Sebelum Zaman Penjajahan

1. Sebelum zaman penjajahan, pengangkutan darat dan air merupakan pengangkutan utama kepada penduduk di Malaysia

Kepentingan Pengangkutan Awal :

i ) Memudahkan penduduk
ii ) Menghubungkan sesuatu petempatan
iii ) Mengkangkut barangan
iv ) Mengutip cukai
v ) Meluaskan tanah jajahan
vi ) Kegiatan perdagangan

Pengangkutan Darat

1. Pengangkutan darat pada peringkat awalnya ialah lorong berjalan kaki, denai dan jalan tidak berturap yang merentasi belukar, paya, hutan dan juga kawasan pinggir laut.
2. Pada zaman Kesultanan Melayu, gajah digunakan sebagai pengangkutan diraja dan kenderaan perang

Pengangkutan Air

1. Pengangkutan air terdiri daripada sungai, tasik, paya dan laut.
2. Pada awalnya, kenderaan pengankutan air bergantung kepada aliran air, tenaga manusia dan tiupan angin
3. Tiupan angin akan menghasilkan sumber tenaga membolehkan layar lancang dan kapal mengarah pergerakan


Perahu

Rakit

Perhubungan Awal Sebelum Penjajahan

1. Isyarat merupakan cara perhubungan awal penduduk pada masa dahulu
2. Isyarat digunakan untuk meyebarkan maklumat sama ada mengenai kematian, sakit, bencana alam dan lain - lain
3. Penduduk melaung untuk menyampaikan isyarat kepada orang lain

Pengangkutan Awal Semasa Zaman Penjajahan

Pengangkutan Darat

1. Jalan raya di Malaysia mula dibina oleh British untuk menghubungkan kawasan - kawasan pengeluaran bijih timah dengan pelabuhan eksport seperti Melaka, Linggi, Klang, Teluk Intan dan Kuala Sepetang.
2. Jaringan jalan raya semakin maju selepas perkembangan industri automobil di Eropah dan Amerika Syarikat

Motosikal

Kereta



Monday, September 14, 2009

Geografi Bab 7

Petempatan Awal Di Malaysia




Taburan Penduduk

7.1 PENDUDUK MALAYSIA

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang agama dan bangsa
Jumlah penduduk di negara Malaysia ialah kira – kira 27.8 juta penduduk pada tahun 2008 berbanding 23.27 juta orang pada tahun 200

7.2 TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
Negara Malaysia amat sesuai untuk didiami dan setiap kawasannya mempunyai jumlah penduduk yang berbeza
Taburan penduduk di Malaysia tidak sekata

Pada umumnya, taburan penduduk dapat dibahagikan kepada tiga , iaitu

-kawasan penduduk padat ( Kawasan yang mempunyai 200 orang sekilometer persegi )
-kawasan penduduk sederhana padat ( Kawasan yang mempunyai 50 - 200 orang )
-kawasan penduduk jarang ( Kawasan yang mempunyai 50 orang sekilometer persegi )

Kepadatan penduduk merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi. Kepadatan ini menentukan sama ada kawasan ini padat, sederhana atau jarang.

Kepadatan penduduk boleh dikira dengan menggunakan formula di bawah :

Jumlah Penduduk
Kepadatan = --------------------
Keluasan

7.3 FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA
Taburan penduduk di Malaysia dipengaruhi oleh faktor berikut :

-Bentuk muka bumi
-Sosioekonomi
-Sumber mineral
-Politik ( dasar kerajaan/governan )
-Sejarah
-Sosial