BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 14, 2009

Geografi Bab 7

Petempatan Awal Di Malaysia




Taburan Penduduk

7.1 PENDUDUK MALAYSIA

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang agama dan bangsa
Jumlah penduduk di negara Malaysia ialah kira – kira 27.8 juta penduduk pada tahun 2008 berbanding 23.27 juta orang pada tahun 200

7.2 TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
Negara Malaysia amat sesuai untuk didiami dan setiap kawasannya mempunyai jumlah penduduk yang berbeza
Taburan penduduk di Malaysia tidak sekata

Pada umumnya, taburan penduduk dapat dibahagikan kepada tiga , iaitu

-kawasan penduduk padat ( Kawasan yang mempunyai 200 orang sekilometer persegi )
-kawasan penduduk sederhana padat ( Kawasan yang mempunyai 50 - 200 orang )
-kawasan penduduk jarang ( Kawasan yang mempunyai 50 orang sekilometer persegi )

Kepadatan penduduk merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi. Kepadatan ini menentukan sama ada kawasan ini padat, sederhana atau jarang.

Kepadatan penduduk boleh dikira dengan menggunakan formula di bawah :

Jumlah Penduduk
Kepadatan = --------------------
Keluasan

7.3 FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA
Taburan penduduk di Malaysia dipengaruhi oleh faktor berikut :

-Bentuk muka bumi
-Sosioekonomi
-Sumber mineral
-Politik ( dasar kerajaan/governan )
-Sejarah
-Sosial