BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 24, 2009

Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal

14 . 1 Keperluan Pengankutan Dan Perhubungan Awal


Pengangkutan Awal Sebelum Zaman Penjajahan

1. Sebelum zaman penjajahan, pengangkutan darat dan air merupakan pengangkutan utama kepada penduduk di Malaysia

Kepentingan Pengangkutan Awal :

i ) Memudahkan penduduk
ii ) Menghubungkan sesuatu petempatan
iii ) Mengkangkut barangan
iv ) Mengutip cukai
v ) Meluaskan tanah jajahan
vi ) Kegiatan perdagangan

Pengangkutan Darat

1. Pengangkutan darat pada peringkat awalnya ialah lorong berjalan kaki, denai dan jalan tidak berturap yang merentasi belukar, paya, hutan dan juga kawasan pinggir laut.
2. Pada zaman Kesultanan Melayu, gajah digunakan sebagai pengangkutan diraja dan kenderaan perang

Pengangkutan Air

1. Pengangkutan air terdiri daripada sungai, tasik, paya dan laut.
2. Pada awalnya, kenderaan pengankutan air bergantung kepada aliran air, tenaga manusia dan tiupan angin
3. Tiupan angin akan menghasilkan sumber tenaga membolehkan layar lancang dan kapal mengarah pergerakan


Perahu

Rakit

Perhubungan Awal Sebelum Penjajahan

1. Isyarat merupakan cara perhubungan awal penduduk pada masa dahulu
2. Isyarat digunakan untuk meyebarkan maklumat sama ada mengenai kematian, sakit, bencana alam dan lain - lain
3. Penduduk melaung untuk menyampaikan isyarat kepada orang lain

Pengangkutan Awal Semasa Zaman Penjajahan

Pengangkutan Darat

1. Jalan raya di Malaysia mula dibina oleh British untuk menghubungkan kawasan - kawasan pengeluaran bijih timah dengan pelabuhan eksport seperti Melaka, Linggi, Klang, Teluk Intan dan Kuala Sepetang.
2. Jaringan jalan raya semakin maju selepas perkembangan industri automobil di Eropah dan Amerika Syarikat

Motosikal

Kereta



0 comments: